BITV banner besar

Monday 5 January 2015

Al Fatihah : Sayu..konvoy bantuan banjir terlibat kemalangan maut..(2 Foto)


Semoga kalian mendapat keredaan Allah SWT..
Diceritakan oleh Adam Hamid Jarnail
Assalamualaikum...


Sy ingin memohon maaf kerana tidak dapat menyerahkan sendiri bantuan banjir yg telah disumbangkan dari sahabat semua, sy telah wakilkan kpd kakak angkat sy kak Aida Halim, anak saudaranya dan kak Siti utk bersama satu group dari muar yg diketuai oleh Ust Hasmadi dan ust Ibrahim (yg baru dikenali)...

Seorang dari sahabat kami telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah toyota Prado yg juga baru kembali dari misi bantuan..

Kejadian berlaku di kg cina jalan paloh rawa machang,(jalan kampung) pada sabtu jam 4ptg, tayar lori kami yg membawa barangan mengalami kebocoran, maka sy berserta abg sy Uncledz Dzull dan 6 orang lagi sahabat kami telah berhenti di kaw lapang tepi sungai utk menukar tayar...
Setelah hampir selesai menukar tayar,tinggal hanya utk menyimpan peralatan.. tiba-tiba 3 org sahabat kami dilanggar...

Kedudukan kami bknlah di atas tar, kemungkinan prado telah terbabas kekiri jalan, kerana sahabat kami yg ketiga berada lebih kurang 4 kaki jauh dari jalan tar...

Sahabt yg pertama (Allahyarham Ahmad zamani) mengalami luka besar dikepala dan menyebabkan pendarahan yg banyak. Meninggal ketika dlm perjalanan ke hospital,

Sahabat yg kedua (Tuan Man, anggota polis) mengalami luka dipipi dan kecederaan dikaki.
Sahabat yg ketiga Sallahuddin mengalami patah kaki dan cedera di dada akibat tercampak 15 meter... beliau masih di rawat di KPJ Kota Bharu...

Allahyarham Ahmad Zamani 34tahun meninggalkan 5 org anak dan seorg isteri yg sedang mengandung 6 bulan... (Jenazah selamat dikebumikan pada sabtu sebelum zohor di kg kelahirannya di kota bharu - Allahyarhan tinggal dikajang)

Allahyarham sepatutnya tiada dlm senarai, tetapi disaat akhir (selepas solat jumaat) beliau beriya hendak mengikut kerna beliau melihat byk lagi brg yg x dpt dimuatkan dlm 3 buah lori yg sedia ada, dan beliaulah lah yg mendapatkan lori yg ke 4 dan memandu sendiri pd mlm yg sama bertolak ke kelantan ditemani abg sy...

Sy mohon sahabat semua tolong doakan dan sedekahkan AlFatihah dgn seikhlasnya kepada Allahyarham...

Semoga Allah merahmati dan mengganjarinya dengan ganjaran
syuhada' di jalanNya.

Juga mohon didoakan kesembuhan segera buat dua Sahabat kami...
Kepada group dari Muar hanya Allah yg dpt membalas jasa mu, kerna membantu sy dan abg sy menguruskan jenazah dan membantu memberi khabar kpd keluarga Allahyarham... kerna sy dan abg tidak mampu hendak khabarkan kpd mereka...

Dan terima kasih kpd group KB Dukers (eastern dukers) dan org ramai yg membantu kami ditempat kejadian dan membantu hubungi ambulan... dan terima kasih kpd Muhd Ali Imran dan seluruh keluarganya yg membantu membawa Allahyarham ke hospital, semoga kalian semua berada dlm rahmat Allah...

Dan kepada peserta konvoi yg lain, pleaseeee jgn lah memandu laju di jalan kg...

No comments:

Post a Comment